Informasi Seputar Fan Xie Ye

Klik Gambar

SENNA MEKAH – Cassia Angustifolia

SENNA MEKAH – Cassia Angustifolia

SENNA MEKAH – Cassia Angustifolia

Nama Botani
Cassia angustifolia Vahl
Nama Lain
Mecca senna, Tinnevelly senna (Inggeris), Nilavarai, Nelavakai (India), Makham khaek (Thai), Fan xia ye (China)
Famili
Leguminosae
Pengenalan
Senna mekah adalah sejenis tanaman semusim yang renek berasal dari negeri Yemen di selatan Arab.
Kini ia ditanam secara komersial di India, Pakistan dan China. Ia sesuai ditanam di tanah lom berpasir dan aluvium berlom.
Tanaman ini mempunyai batang berkayu lurus, bercabang dan berwarna hijau pucat.
Ketinggiannya boleh mencapai 60- 100 cm. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun.
Kudup sena mekah akan keluar setelah 40 hari penanaman dan berkembang sepenuhnya selepas 65 hari.
Bunganya berwarna kuning serta buahnya berbentuk pipih dan lembut. Buahnya ini berwarna perang kehijauan ketika muda dan perang gelap setelah matang.
Khasiat dan Kegunaan
Herba ini berupaya merawat pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, cacing, anemia, deman panas, taun, bronkitis, batuk, gout, reumatisme dan penyakit kuning, Kini ia dipercayai dapat merawat jerawat dan kurap serta menghilangkan sembelit.